Thursday, April 10, 2008

FARATECH DAN TMBP / ITBP

FARATECH
TMBP (Telekom Malaysia Business Program) telah ditukar nama kepada ITBP (International Telecommunication Business Program)

Sila rujuk forum ini untuk maklumat lanjut berkenaan program ini.... BUKA FORUM


antara maklumat yang ada...

Aku sebenarnya bersimpati dgn orang2 Melayu yg baru mula nak belajar jadi usahawan, yg baru mula nak meniaga tapi kena tipu dan dipermainkan oleh pihak lain yg ambik kesempatan di atas kesungguhan orang Melayu ni tadi. Dia pergunakan bangsa sendiri utk kepentingan perut sendiri. Sykt FaraTech adalah sykt penipu Melayu yg dikepalai oleh dua beradik iaitu Azlan Rosmera Alias dan Farah Edora Alias yg masih beroperasi menipu semua Melayu melalui rogram taik "TMBP"nya (TM Bull# Business Program). Dulu nama dia FaraTech Malaysia Sdn Bhd, skrg sudah tukar nama kepada FaraTech Distribution Sdn Bhd.

Azlan Rosmera & Farah Edora sbg kepala FaraTech masih lagi menjalankan program taja-menaja dan merekrut ahli baru utk program TM Bull# Business Programnya. Ibu pejabat diorang adalah di The Mines Resort Business Park dekat dgn bangunan Sapura Holding tu. Situlah ibu pejabat si penipu2 faratech ni berkumpul dan bermesyuarat utk mencari jalan menipu melayu utk menambahkan keuntungan tahunan. Pada tahun 2007 diorang mensasarkan keuntungan sebanyak RM50 juta daripada TM Bull# Business Programnya.

Sehingga hari ini, kakitangan faratech sering silih berganti sebab ada yg dah bertaubat tak mau bersubahat dgn Azlan Rosmera & Farah Edora menipu melayu dgn TMBPnya. Ada maklumat yg diterima terdapat pejabat cawangan faratech yg telah ditutup. Salah satunya cawangan Farge Metro JB di Tampoi JB yg dah ditutup dan bangunan tu pun nak disewakan. Samada dah tutup terus atau pindah ke tempat lain itu tak pasti. Tapi Fargo Metro JB memang dah tutup. Mungkin sebab penyewa bangunan tu sblm ni (Seorang Melayu) tak mau bersubahat dgn faratech lagi jadi dia tutup terus kedai dia.

Dulu seorang pegawai faratech yg in-charge bahagian kewangan & urusan pinjaman bernama Rassidy Che Ani berhenti keje. Dia ni salah seorang pegawai kanan faratech. Dan selepas itu beberapa lagi kakitangan yg in-charge produk2 tertentu juga berhenti keje. Budaya berenti kerja di faratech adalah perkara biasa. Ini kerana timbulnya kesedaran di kalangan kakitangan mereka mengenai dosa menipu dan bersubahat dgn kepala penipu menyebabkan mereka berenti kerja.

Selepas dapat cash dari yuran rekrut, faratech akan terus meninggalkan reseller, distributor dan agen yg dilantiknya. Segala sokongan dan kerjasama yg dijanjikan tidak lagi diberikan. Yg penting duit masyuukkk poket Azlan Rosmera, Farah Edora, Muhammad Anuar, Mithaq Abd Mutalib, Shamsul Anuar dan semua kakitangan penipu sokongan yg lain. Ini adalah orang kuat yg menyokong penipuan sykt faratech. Bergembira dan bergelak ketawalah si pencacai-pencacai dan petualang bangsa ini dlm mesyuarat mereka sebab berjaya memperdaya orang melayu supaya menjadi rekrut mereka dan membayar yuran yg beribu-ribu.

Utk menampung kakitangan senior yg dah berenti dan bertaubat sebab tak nak bersubahat menjalankan aktiviti tipu-menipu, faratech telah mencari bebudak lepasan SPM, STPM dan lepasan universiti yg masih blm bekerja utk bersama-sama bekerja dan bersubahat dgn mereka. Lagi pun diorang ni senang dipergunakan utk menipu dan mudah dibasuh otaknya (Brainwash). Sebab itu nama2 pegawai, kakitangan dan kakitangan yg in-charge dlm sesetengah produk dan bahagian sering bertukar nama. Tak sampai sebulan, dah nama orang lain sebab orang yg sebelum tu dah berhenti kerja.

Jauhkanlah diri korang dari ditipu oleh faratech. Sekali korang ditipu oleh faratech dgn TM Bull# Programnya, korang akan terus mengalami kerugian sebab selepas korang bayar semua yuran rekrut, faratech akan buat2 tak kenal korang. Contohnya macam kes panggilan telefon tak dilayan. Kalau korang dail nombor handphone pegawai2 faratech ni contohnya seperti Muhammad Anuar, panggilan korang akan diangkat oleh seorang betina. Sedangkan Muhammad Anuar adalah lelaki tapi dia telah serahkan handphonenya kepada seorang betina utk dijawab sebab dia malas nak melayan. Begitu juga kalau korang dail nombor pejabat faratech utk bercakap dgn seseorang pegawai atau kakitangan yg in-charge bahagian tertentu, panggilan korang akan ditendang ke sana ke sini macam bola, di'ignore'kan, dibiarkan tanpa diangkat, di'by pass'kan dan macam2 lagi taktik diorang utk lepaskan diri dari menjawab. Diorang semua malas nak melayan.

Orang faratech diorang tak berani nak menjawab secara terbuka kat sini. Diorang anggap buat apa nak jawab kat forum ni, membuang masa diorang jer. Lebih baik teruskan usaha dapatkan duit dgn merekrut orang ramai dan menipu. Itu lagi baik, duit pun dapat banyak. Pihak MARA pun dah tak beri pinjaman utk TM Bull# Program ni lagi. Diorang dah blacklist faratech sbg sykt petualang dan pengkhianat melayu. DPMM? mungkin DPMM dah dirasuah oleh Azlan Rosmera & Farah Edora atau Presiden dan AJK DPMM sendiri mempunyai kepentingan dlm faratech, sebab itulah orang2 DPMM tak ambik kisah pasal penipuan yg dijalankan oleh faratech. Yg penting perut pemimpin2 DPMM semakin buncit dgn taik dan rezeki yg syubhah lagi haram, daripada memikirkan kepentingan ekonomi orang Melayu Islam.

PENDEDAHAN DEMI PENDEDAHAN AKAN DIKELUARKAN. TUNGGU!!! PENDEDAHAN LAIN DIALU-ALUKAN

Yg berjaya cuma sikit jer sebab pihak faratech sendiri tak mampu dan malas nak melayan semua rangkaian agent, reseller & distributornya di seluruh Persekutuan Malaysia. Mana yg sempat dia layan dan beri kerjasama, berjayalah org tu di samping usaha yg kuat. Masalahnya skrg, ada yg berusaha kuat juga tapi tak berjaya-berjaya oleh kerana takde kerjasama dari faratech. Yg faratech tau dia dah ambik duit tunai dari agent, reseller & distributor, dia dah kaya duit dah masyuukkk poket dia. Itu yg lebih penting daripada dia beri kerjasama, khidmat selepas jualan yg baik apatah lagi bimbingan. Setakat bagi produk knowledge jer, lepas tu blah. Borang entah ke mana, janji manis dulu entah ke mana, duit komisyen entah ke mana, Cakap pun dah tak serupa bikin.

BERITA TERBARU!!1
Kawan aku yg jadi reseller join program faratech ni (Dulu guna nama PKUT- Program Khas Usahawan Telekomunikasi), dah dapat surat amaran dari MARA sebab ada tunggakan bayaran pinjaman. Ini semua gara-gara pinjaman yg dia buat melalui faratech kepada MARA. Faratech yg sungguh2 buatkan surat utk mohon pinjaman. Lepas pinjaman diluluskan MARA, kawan aku pun bayarlah semua cash beribu-ribu yuran reseller PKUT tu. Lepas tu, tak lama lagi mulalah si faratech lepas tangan dan tinggalkan terus-tak mau beri kerjasama apa-apa lagi. Dibiorkan kawan aku tu mampus sorang-sorang. Lepas ni dia akan dikenakan tindakan mahkamah oleh MARA dan akan dipenjarakan kalau tak dapat langsaikan hutang dia dgn MARA dlm masa 14 hari. Korang jgn main2 dgn MARA beb skrg. Kalau tak bayar, akibatnya MAHKAMAH-PENJARA-NAMA BLACKLIST DI SEMUA BANK & INSTITUSI KEWANGAN-ISYTIHAR MUFLIS.

HARAM HUKUMNYA JOIN PROGRAM ANJURAN FARATECH KERANA BOLEH MENJERUSMUSKAN DIRI KE DALAM KECELAKAAN, KEBINASAAN, KEMISKINAN, KEFAKIRAN DAN SETERUSNYA KEKUFURAN.

SELAMAT DATANG KE MELAYU TIPU MELAYU

BLOG INI ADALAH UNTUK MENYEBARKAN PENIPUAN YANG BERLAKU DIKALANGAN ORANG MELAYU TERHADAP BANGSA SENDIRI...

BUKAN UNTUK MENGUNKIT, CUMA UNTUK MEMBERI KESEDARAN KEPADA YANG BELUM TERKENA...

ARTIKEL YANG DIPEROLEHI ADALAH DARI SUMBER FORUM FORUM DAN WEBSITE YANG LAIN TERDAPAT DI INTERNET.